Animated Superman Logo

Sunday 4 December 2011

Asal Usul Kejadian Api Dunia..

Korang tau tak macam mana api kat dunia nie yang Allah ciptakan???
ok nie BudaK-BudaK nak citer sikit Diriwayatkan bahawa Rasullulah pernah menceritakan tentang kejadian api didunia. semasa nabi Adam dihatar ke dunia Allah S.W.T telah memerintahkan malaikat Jibrail supaya ambik sedikit api dari NERAKA untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan nabi Adam. Maka Jibrail pun pergilah kepada Malaikat Penjaga Neraka iaitu malaikat Zabaniah.
nie antara dialog mereka:

kena api sedikit pun dah meraung ni kan pula kena bako!!!!
Jibrail : Wahai Zabaniah, aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam di sana.

Zabaniah : Baiklah, sebanyak mana SEDIKIT yang kamu mahu tue wahai Jibrail?

Jibrail : Berilah sebesar buah kurma....

Zabaniah : OHH....TIDAK kalau sebesar buah KURMA api neraka itu yang engkau bawa, nescaya akan CAIRLAH TUJUH LAPIS LANGIT DAN BUMI akan kepanasannya.

Jibrail : Kalau begitu berilah aklu separuh daripada buah kurma...

Zabaniah : Kalau separuh dari sebutir buah kurma, maka hujan tidak akan turun walau setitik pun dari langit dan tidak akan ada satu pun tumbuhan yang akan tumbuh di bumi nanti....

maka Jibrail menjadi buntu..lalu menghadap Allah untuk mengetahui sebesar mana api yang perlu dihantar ke dunia. Allah pun memerintahkan Jibrail supaya mengambil hanya sebesar ZARAH yaitu sebesar ATOM yang tidak dapat dilihat oleh mata dari api neraka untuk dibawa ke dunia .....maka Jibrail pun mengabil api tersebut dari malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu PANAS, api neraka sebesar zarah tersebut TERPAKSA DISEJUKKAN DENGAN MENCELUPKANNYA DI DALAM 70 BUAH SUNGAI DI SYURGA dan di setiap sungai tersebut terpaksa DIREMDAM SEBANYAK 70 KALI.

selepas itu barulah malaikat Jibrail membawa api tersebut ke dunia dan meletakkanyan keatas sebuah bukit yang tinggi. selepas itu, tiba2 bukit itu MELELEH  dan MENCAIR. Oleh sebab, bimbang dunia ini ini cair maka Jibrail kembali membawa api tersebut ke neraka.SISA-SISA api itulah yang yang terdapat di dunia pada hari ini wahai kawan-kawan bahkan termasuklah dari GUNUNG BARAPI dan sebagainya.

cuba korang bayangkan api tersebut terpaksa di sejukkan dulu dalam 70 BUAH SUNGAI danDICELUP sebanyak 70 kali dan sisanya sahaja telah membuatkan manusia tidak tahan dengan kepanasannya...

MACAM MANA PULA API YANG KAT DALAM NERAKA TUE ??
BOLEHKAH AMALAN KITA YANG SEDIKIT INI MENYEUKKAN API DI SANA ??
APATAH LAGI BUKAN AMALAN BAIK YANG KITA LAKUKAN SEBALIKNYA AMALAN KEJI YANG KITA KUMPULKAN ....NAUZUBILLAH....


MADAH BERAPI : MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI KITA SETIAP HARI SUPAYA KITA SENTIASA SEDAR DENGAN KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN SEHARIAN.

No comments:

Post a Comment